
Anonymous
4 tahun
Punca kaki belah kanan bengkak dan sakit lutut belah kiri
Saya berumur 55 tahun menpunyai penyakit kencing manis dan darah tinggi tetapi terkawal…Dalam masa 3minggu ini kencing saya berbuih halus dan sering sakit lutut kiri sehingga ke pinggang belah kiri.Selain itu saya juga mengalami bengkak pada kaki belah kanan apa bila berdiri terlalu lama.Apa nasihat doktor dan ubat yg saya perlu ambil?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala kaki bengkak boleh disebabkan seperti kegagalan buah pinggang membuang air, lemah jantung, jangkitan kuman pada kulit dan kegagalan hati. Manakala sakit lutut anda pula boleh disebabkan seperti osteoartritis, sakit ligamen atau tendon atau cedera meniskus. Pengambilan ubat memerlukan punca kepada kesakitan anda diketahui dahulu.
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doktor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.