Sulit
3 tahun
Punca result darah mcv dan mch rendah
Saya wanita 25. Sebelum ini saya sering membuat ujian darah. Untuk darah merah saya di paras yg normal. Tetapi untuk darah putih dan platlet di paras lebih daripada normal pada keaadan saya yang sihat. Bagi keputusan mcv dan mch di paras yg rendah. Saya baru perasan selepas 4 kali ujian darah pada silang bulan yang berbeza. Paras bgi mcv saya 66-68 shja, manakala mch 20 - 22. Bagaimana untuk saya tingkatkan mcv dan mch di paras yang normal dan apa punca mcv dan mch saya rendah.
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Inginkan gaya hidup sihat? Suplemen dapat membantu!
Mohon maaf puan/cik kerana informasi yang diberikan belum cukup untuk menggambarkan perkara yang sebenar atau kondisi kesihatan puan/cik. Setiap pemeriksaan laboratorium perlu diiringi dengan:
- hasil soal selidik ( anamnesis / clerking ) pesakit,
- hasil penilaian faktor risiko
- hasil pemeriksaan fizikal
- dan hasil pemeriksaan diagnostik yang lain (pengimejan, laboratorium, darah, dll.)
Bagi menentukan diagnosis kerja yang paling tepat. Justeru adalah lebih baik anda merujuk kepada doktor anda yang meminta ujian darah tersebut dilakukan atau berjumpa secara langsung doktor di klinik atau hospital yang terdekat. Disamping itu, setiap lapisan pemeriksaan lazimnya mempunyai doktor pakar masing-masing untuk menilai hasil pemeriksaan-pemeriksaan tersebut.
Oleh itu, saya sarankan untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang kondisi kesihatan anda, atau agar rawatan yang lebih tepat boleh di laksanakan, pemeriksaan yang lebih terperinci dari pihak kami perlu dilakukan terlebih dahulu. Maka dengan itu, kami menasihatkan agar anda tetap mendapat rawatan secara langsung di klinik ataupun hospital yang terdekat.
Umumnya kadar MCH & MCV yang rendah boleh disebabkan oleh:
- gangguan anemia
- gangguan thalasemia
- kekurangan zat besi dalam tubuh
- gangguan genetik
- dan lain-lain
Inginkan penjelasan lanjut dari doktor pakar? Clinical Haematologist kami sedia membantu
Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.