
Sulit
4 tahun
Punca sakit tekak dan cara menghindarinya
Kerap kena sakit tekak

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, maklumat yang diberikan tidak mencukupi bagi memberikan penjelasan yang dikehendaki. Terdapat pelbagai soalan mengenai sejarah kesihatan anda yang perlu ditanyakan. Namun, secara umum, sakit tekak boleh berpunca daripada pelbagai kondisi kesihatan seperti:
- Jangkitan kuman
- Radang tonsil
- Kecederaan pada tekak akibat batuk
- Bendasing ( foreign body ) di dalam rongga pernafasan
- Radang laring dan faring ( laryngitis dan pharingitis )
- Jangkitan saluran pernafasan ( respiratory tract infection )
Dapatkan kelegaan sakit tekak dan lalui hari anda dengan ceria.
Antara cara untuk mengurangkan gejala sakit tekak adalah seperti:
- Gargle dengan air garam suam
- Minum air suam
- Minum air lemon dan madu
- Menghisap lozenge
Namun, jika masalah ini tetap berlarutan dan mengganggu aktiviti anda, anda amat disarankan untuk merujuk perkara ini lebih lanjut secara langsung kepada doktor. Hal ini kerana maklumat dan pemeriksaan teliti adalah diperlukan sebelum sebarang kesimpulan boleh dibuat. Jika anda mempunyai pertanyaan tambahan, anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih
Pakar sakit telinga, hidung dan tekak boleh membantu untuk mengenal pasti masalah anda.