
Sulit
4 tahun
Punca Sakit telinga kanan
Anak saya umur 6 tahun tiba2 sakit telinga apa yang perlu saya buat dia kata sakit sangat hanye sebelah kanan

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, sakit telinga boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
Masalah pada struktur telinga iaitu:
- Benda asing contohnya mainan menyumbat saluran telinga
- Tahi telinga menyumbat lubang telinga
- Jangkitan pada lubang telinga
- Jangkitan pada struktur dalaman telinga
Masalah struktur sekitar telinga iaitu:
- Jangkitan pada tekak
- Tonsil bengkak
- Jangkitan pada tulang mastoid
- Barah pada saraf yang menhubung otak dan telinga (Acoustic neuroma)
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut di klinik berdekatan dengan segera kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Sakit telinga hidung dan tekak memang mudah terjadi. Jangan biarkan ia mengganggu anda.
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.
Pakar sakit telinga, hidung dan mulut boleh membantu untuk mengenal pasti masalah anda.