
Anonymous
5 tahun
Pundi kencing keluar nanah..kepedihan ketika membuang air kecil
Saya lelaki dalam 20an dan saya sedang mengalami kepedihan ketika membuang air kecil dan sering keluar nanah dari pundi kencing saya

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala dan masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- jangkitan kuman pada saluran kencing
- jangkitan kelamin seperti sifilis
- trauma pada organ kencing
- masalah prostat
- nanah dalam sebarang struktur kencing
Terdapat juga penyebab yang lain seperti
- kanser pundi kencing
- kanser prostat
- kanser ginjal
Namun, lazimnya kanser datang bersama simptom yang lain
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan lebih tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.