
asyhadie89
6 tahun
Pundi kencing tidak selesa
Assalammualaikum, salam sejahtra Doktor. Saya berumur 30thn, lelaki, mengalami masalah tidak selesa pada bahgian antara perut dan alat sulit, mungkin bahgian pundi kecing. Bbrp minggu yg lalu buat kali terakhir, saya telah ke hospital untuk mndapatkan rawatan dan ubat, apabila saya cuba bertahan lebih lama, bahagian pertama yg membuat saya tidak selesa (pundi kencing) dalam tempoh 4jam akan melibatkan bahgian ginjal sebelah kiri tetapi ada masanya sebelh kanan terasa kebas sebelum sakit. Kali terakhir saya ke hospital kerana keadaan sprti itu ada buat kali ke-7 dalam tempoh 2 tahun. Setelah x-ray, doktor hanya dapati saluran usus kotor sedikit dan ginjal membengkak. Sejak kebelakangan ini, bahgian pundi kecing saya sentiasa rasa tidak selesa, kerap dari sebelum ini untuk membuang air kecil walupun dalam nisbah sedikit. Apabila di hospital, doktor memberikan suntikan tahan sakit dan ubat ‘antibiotik’ membunuh kuman kerana ‘kemungkinan’ jangkitan kuman di salur kecing. Slepas mndapat suntikan ‘tahan sakit’ drpd hoapital, keadaan beransur pulih dalam tempoh 15 minit. Persoalan saya timbul apabila saya sdg berpusa, dan apabila berbuka meminum air kuantiti yg banyak, tetapi rasa tidak sesa seakan-akan terasa penuh air di pundi kencing, walupun telah ke tandas berkencing. Dan sakit pada bahgian pinggang mudah datang (sakit yg sama) apabila saya mengangkat beban yg melebihi 30kg seperti mengalihkan barang sedangkan sebelum ini saya adalah seorang yg lasak dan aktif dengan aktiviti luar. Diharap doktor dapat memberikn pendapat. Terima kasih…

6 tahun
Selamat Sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan pihak tuan, terdapat kemungkinan masalah yang anda hadapi adalah disebabkan masalah yang sama berulang iaitu kencing kotor atau dalam kata lain jangkitan dalam saluran kencing. Masalah ini juga boleh menyebabkan anda kerap ke tandas. Keadaan berpuasa menyebabkan dehidrasi dan boleh memburukkan keadaan.
Namun begitu, terdapat kemungkinan masalah lain seperti:
- batu karang
- masalah prostat
- masalah saraf
Encik amat disarankan untuk merujuk kembali masalah ini memandangkan gejala tersebut sering berulang dan disertai dengan gejala lain yang menggangu aktiviti harian anda.