
Sulit
4 tahun
Pusat berair selepas saya bersih dan kotoran pusat berwarna putih
Rabecca,20 thun. Saya kerap membersihkan pusat saya dan saya selalu korek pusat saya mngunakan kuku.selepas saya bersihkn pusat saya,ada cecair yang keluar dari pusat saya dan bau cecair tersebut seperti bau kudis.lalu cecair tersebut tidak berhenti keluar sehinggakn saya terpaksa letak kain lecil d pusat saya.apakah yng patut saya lakukan untuk mnbrhentikn cecair dari pusat saya dan apakah penyebab dia?

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, daripada apa yang anda nyatakan terdapat kemungkinan pusat anda telah mendapat jangkitan. Terdapat kemungkinan ia disebabkan oleh:
- Gatal yang digaru kemudian tercedera
- Memandangkan sesetengah orang mempunyai pusat yang ke dalam, maka mudah untuk kotoran berkumpul dan mendapat jangkitan
- Nanah pada bahagian dalam pusat
- Gigitan serangga
Anda amat disarankan untuk segera merujuk perkara ini kepada doktor. Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.