Sulit
3 tahun
Pusat berbau dan berair
Hi…di sini saya ingin bertanya mengenai pusat berbau dan melekat bau tersebut pada baju dan seluar.tahun lepas saya pernah operate batu hempedu.apa punca ye pusat boleh berbau.boleh doktor terangkan
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Saya faham tentang kebimbangan anda mengenai gejala pusat berbau dan berair yang anda hadapi. Untuk makluman anda, ia boleh disebabkan oleh masalah serius atau tidak serius. Namun, saya memerlukan maklumat lanjut untuk mengetahui samada ia berkait rapat dengan pembedahan hempedu yang telah anda jalani atau sebaliknya. Berdasarkan kenyataan anda, ia boleh disebabkan oleh pelbagai faktor:
- trauma
- jangkitan kuman pada pusat
- masalah keradangan
- pilonidal sinus
- kanser metastatik
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.