
Sulit
3 tahun
Pusat berdarah dan bernanah
Saya lelaki 27tahun mengalami pusat berdarah dan bernanah sudah sebulan .boleh saya tahun krim atau ubat apa yang sesuai

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih kerana mengajukan pertanyaan kepada pihak kami.
Berdasarkan keterangan anda, kami memahami bahawa anda mengalami pusat yang berdarah dan bernanah selama sebulan. Kami akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, secara umum, pusat yang berdarah dan bernanah boleh berlaku disebabkan oleh perkara seperti:
- trauma atau kecederaan
- masalah keradangan
Akan tetapi, ia juga boleh disebabkan oleh kondisi kesihatan yang lebih serius dan memerlukan pemerhatian segera daripada doktor, termasuk:
- jangkitan kuman pada pusat
- pilonidal sinus
- kanser metastatik
Oleh itu, anda amat disarankan untuk menghubungi doktor kami secara atas talian bagi mendapatkan penerangan lebih lanjut mengenai masalah yang anda alami.
Kami berharap agar jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih
Sila klik di sini untuk bercakap dengan doktor.