
Sulit
4 tahun
Pusat perut keluar air dan berbau
Saya wanita umur 28 tahun.hari ini sy tiba tiba check pusat perut sy.ketika sy check sy mendapati pusat perut saya berair dan berbau. Saya mengelap menggunakan kapas.selpas saya mengelap saya merasa bahagian perut sy sakit. Saya ingin bertanya apakah punca pusat berair dan berbau. Adakah ini berbahaya

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah pusat berair dan berbau yang anda hadapi. Untuk makluman anda, masalah ini dapat disebabkan oleh beberapa faktor, antaranya ialah:
- trauma
- jangkitan kuman pada pusat
- masalah keradangan
- pilonidal sinus
- kanser metastatik
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Memandangkan terdapat adanya risiko jangkitan, anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor terutamanya jika anda mengalai gejala lain seperti demam, mual dan muntah. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih