
Sulit
4 tahun
Putaran haid tidak menentu
Salam… Sejak tahun 2014 putaran haid sya tdk menentu. Adakah itu tanda menopos? Sekrg umur sya sudah 47 tahun dan sudah 6 bln haid tdk ada lagi. Air kencing sudah pun di check tp tdk ada menandakan sya hamil.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, gejala putus haid ini adalah gejala haid berhenti sekurang-kurangnya 1 tahun. Sekiranya anda mempunyai masalah seperti:
- Sentiasa berasa panas
- Sukar tidur
- Kekeringan faraj
- Perubahan emosi yang kerap
- Pertambahan berat badan
- Haid yang tidak teratur atau putus haid
Gejala tersebut merupakan gejala menopause dan anda boleh mengunjungi doktor untuk mendapatkan rawatan untuk menyenangkan masalah tersebut. Anda juga boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.