
Sulit
4 tahun
Puting gatal dan berair
Saya nk tanya. Saya belum berkahein dan penghidap eczema sejak lahir. Tapi dlm masa terdekat ni puting sy mengalami kegatalan, dan berair di sekitar puting. Bila kering, akan jadi seperti kerak. Boleh sy tahu apa puncanya dan apa perlu sy buat utk atasi masalah ni? Sbb sy sgt tak selesa utk pakai bra.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang payudara gatal.
Untuk makluman anda, keadaan sebegini boleh disebabkan oleh beberapa perkara:
- Alergik kepada fabrik bra
- Keradangan payudara
- Jangkitan kuman pada payudara
- Keradangan puting
Saya tidak boleh memberi konklusi tepat apa yang anda alami melainkan pemeriksaan fizikal dibuat terlebih dahulu. Oleh itu sekiranya perkara ini berlanjutan atau anda mengalami gejala lain seperti di bawah, sila berjumpa dengan doktor:
- Demam
- Keluar cecair selain susu dari puting
- Payudara bengkak
- Payudara bertukar warna
- Sakit yang berpanjangan
Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di ( DoctorOnCall ) secara peribadi. Terima kasih.