
Sulit
4 tahun
Puting gatal ibu kepada anak 5 bulan
Saya seorang ibu anak saya berumur 5 bulan. Saya hanya breastfeed anak saya pada waktu malam sahaja. tiba tiba puting sebelah kiri saya gatal. Saya ada cuba pakaian dalam baru. Tapi setelah gatal, saya telah menukarnya. tapi esok nya masih gatal. Macam mana nak buat atau krim apa yang sesuai? Tq

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang payudara gatal.
Untuk makluman anda, keadaan sebegini boleh disebabkan oleh beberapa perkara:
- Alergik kepada fabrik bra
- Keradangan payudara
- Jangkitan kuman pada payudara
- Keradangan puting
Saya tidak boleh mengesyorkan mana mana krim untuk anda melainkan pemeriksaan fizikal dibuat terlebih dahulu. Oleh itu sekiranya perkara ini berlanjutan atau anda mengalami gejala lain seperti di bawah, sila berjumpa dengan doktor:
- Demam
- Keluar cecair selain susu dari puting
- Payudara bengkak
- Payudara bertukar warna
- Sakit yang berpanjangan
Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di (DoctorOnCall) secara peribadi. Terima kasih.