
Sulit
5 tahun
Puting saya tenggelam sebelah
Tapi saya takda rasa sakit di bahagian dada… tapi saya risau dan nak tahu adakah saya ada penyakit

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Untuk makluman pihak anda, perubahan pada puting payudara merupakan salah satu gejala yang perlu dirujuk kepada doktor dengan segera. Kemungkinan yang merisaukan adalah sekiranya terdapat ketumbuhan berbahaya seperti kanser payudara yang menyebabkan gejala tersebut. Oleh itu, anda amat disarankan untuk segera merujuk gejala ini kepada doktor.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan secara percuma. Terima kasih.