Sulit
4 tahun
Puting terasa gatal dan payudara sakit
Hai. Saya wanita berusia 25 tahun dan belum berkahwin. Masa awal pkp dulu. Saya terperasan yang puting saya ada mengeluarkan cecair bewarna kuning dan bercampur merah. Tapi tak lama. Dalam 5 hari jee. Lama lepastu kira bulan november baru ni payudara saya terasa sakit sangat. Tekan sikit sakit. Meniarap sakit. Berpanjangan sampai sekarang dec 2020. Puting saya juga mengalami gatal gatal. ada sehari tu puting saya seakan kering seperti mengelupas. Dan hari ni saya ada perasan satu bintik merah tumbuh pada payudara saya. Apa puncanya ya doctor
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang dihadapi oleh anda. Untuk pengetahuan anda, terdapat beberapa perkara yang mungkin dapat menjelaskan mengapa anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Radang payudara (mastitis)
- Sista payudara (breast cyst)
- Kececderaan pada kulit payudara disebabkan oleh radang kulit
- Kanser payudara
Jalani aktiviti seharian anda dengan sihat dan bertenaga.
Ini hanyalah pandangan kami secara am mengapa anda mengalami masalah sedemikian. Anda perlu berjumpa dengan doktor untuk mengetahui puncanya dan supaya rawatan dapat diberikan.
Buat masa ini, kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor dan kerap melakukan ujian payudara kendiri.
Anda juga boleh hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk mendapatkan penjelasan daripada doktor kami. Terima kasih.

































