
Anonymous
5 tahun
Pv bleeding post incomplete abortion 5 week
Hai… Sy wanita yang telah keguguran pada 10/6/19…16/6/19 darah berhenti… 26/6/19 darah ada balik… Adakah ia period… Until now… Darah still ada…ari ni dah dpo 24…upt still positif… Adakah keguguran sy tidak keluar semua lagi… Boleh terang kn x doktor?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, pendarahan selepas keguguran akan mengambil masa yang berbeza mengikut individu untuk habis. Untuk membezakan ianya dari darah haid, kitaran normal haid anda perlu diketahui. Selain itu, pendarahan yang anda alami ini juga boleh berpunca daripada:
- Keguguran yang belum habis - ujian UPT selalunya akan positif
- Masalah pembekuan darah
- Polip/fibroid dalam rahim yang pecah
- Kesan ubat seperti aspirin/ibuprofen
Sekiranya anda mempunyai simptom lain disertai dengan haid berwarna hitam seperti:
- Faraj berbau busuk
- Sakit perut/senggugut teruk
- Bengkak atau gatal sekeliling kemaluan
- Sakit pada bahagian pelvik
- Demam
- Sakit ketika kencing
Anda perlu merujuk masalah anda ini kepada doktor dengan segera kerana terdapat kemungkinan masalah lebih serius seperti jangkitan kelamin atau jangkitan pada pelvis berlaku. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doktor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.