
Sulit
3 tahun
Quiry pregnancy tetapi period
Selamat pagi,ingin bertanya .sebelum ini saya pernah cek upt dari strip menunjukan double line,tetpi tidak berapa hari selepas itu.started bleeding period…kejadian ini suda 2 kali berlaku tetapi bulan berbeza.boleh ka saya bertanya megapa kejadian ini berlaku dan sudah lama berharap mendapat zuriat.boleh doctor tolong advice.tq

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, gejala mengandung berbeza untuk setiap wanita, sesetengah individu bergejala, sesetengah tidak. Oleh itu, jika anda tidak datang haid dan tidak pasti pada status kehamilan anda, anda boleh menjalani ujian UPT selepas 2 minggu haid anda terlewat.
Sekiranya anda tidak pasti lagi selepas ujian UPT atau keputusan UPT positif, anda perlu mengenal pastikan status anda di mana-mana klinik atau hospital supaya anda boleh tahu berapa minggu kandungan anda serta buka buku ibu anak.
Untuk mengetauhi punca penyebab masalah gejala anda, terangan dan sejarah yang jelas diperlukan, serta ujian tambahan dan penyelidikan lebih lanjut. Oleh itu, anda perlulah merujuk masalah ini kepada doktor dengan lebih lanjut supaya rancangan rawatan yang sesuai dapat dibincang.
Anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan Doktor pakar ibu dan anak (obstetrician).