
dhiya.aniey56
4 tahun
Rabun silau tetapi ingin pakai contact lens kerana kurang jelas penglihatan
Saya ada masalah…saya tidak mghidapi rabun jauh yg teruk shingga 100+ , tetapi saya ada masalah rabun silau yang teruk yang menyebabkan saya terpaksa pakai cermin mata. Adakah contact lens untuk saya?. Saya rasa tidak selesa maim bola tampar dengan menggunakan cermin mata. Diharap doktor dapat jawap soalan saya. Terima kasih

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, masalah silau mata anda ini boleh disebabkan:
- Rabun jauh
- Astigmatism
- Jangkitan mata
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk berjumpa dengan doktor mata anda untuk dapatkan rawatan yang sesuai untuk masalah ini.
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.
Hubungi pakar mata untuk melegakan masalah penglihatan dan mata anda.