
Anonymous
4 tahun
Radang di bahagian ari-ari. Dr diagnos pcos
Saya wanita berumur 26 tahun, tempoh cycle period sya adalah panjnag kira kira 32-35 hri bagi normal, tetapi kebelakangn ini cycle period saya semakin panjang sehingga mencecah 2-3 bulan 1 kali. Akhirnya sya mendapati terdapat cyst di bahagian rahim atau pcos. Apakah kesan jangkamasa panjang terbadap penyakit ini, kerana lambat lagi tempoh sya untuk berjumpa dgn pakar kira2 tiga bulan dari sekarang. Kini saya sentiasa mengalami sakit2 atau bisa2 dikawasan ari-ari. Apakah yg saya perlu lakukan?

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doctor.
Sindrom Polisistik Ovari atau dikenali sebagai PCOS adalah gangguan hormon di dalam badan.
Antara simptom penyakit PCOS adalah:-
- kitaran haid yang tidak teratur, haid yang berpanjangan dan darah haid yang keluar di dalam kuantiti yang banyak
- kandungan kolesterol yang tinggi di dalam darah
- sukar hamil
- bulu yang tumbuh banyak serta berlebihan seperti misai, janggut dan pada bahagian dada
Sekiranya anda mengalami masalah berat badan berlebihan anda disaran untuk mengambil pemakanan dan amalkan gaya hidup yang sihat untuk mengurangkan berat badan. Bagi sesetengah pesakit, pengurangan berat badan sebanyak 5 hingga 10% daripada berat badan yang asal boleh membantu dalam masalah haid. Pengambilan pil perancang yang mengandungi hormon juga dapat membantu dalam mengatasi masalah ini, namun sebaiknya dapatkan nasihat doktor sebelum mengambilnya.Oleh itu, sila rujuk kepada doktor kami bagi konsultasi secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami.
Sekiranya anda adalah ahli Peduli Sihat, konsulatasi anda dengan doktor kami serta ubat-ubatan anda adalah PERCUMA!