
Sulit
4 tahun
Radang tonsil geli tekak batuk gatal hidung
Saya mengalami tonsil bengkak serta ada bintik putih dikiri dan kanan…setelah 2 hari mengambil antibiotics yang diberikan kini saya rasa nak batuk geli di tekak dan gatal pada hidung…adakah ini kesan dari radang tonsil atau saya perlu ke hospital melakukan ujian swab ??kerana ianya amat membimbangkan saya

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, batuk dan rasa geli pada tekak boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- penyakit Tibi (tidak boleh didiagnos tanpa ujian kahak, oleh itu anda disarankan menjalani ujian tersebut)
- kesan sampingan ubat-ubatan seperti ubat darah tinggi
- allergic rhinitis
- radang tonsil
- Bronkiektasis
- asma (lebih-lebih lagi batuk pada waktu malam)
Untuk pengetahuan anda, ujian swab ini boleh untuk digunakan dalam mengenalpasti pelbagai jangkitan seperti virus ataupun bakteria. Keperluan untuk melakukan ujian ini bergantung kepada penilaian doktor berdasarkan pemeriksaan kesihatan.
Silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.