Sulit
3 tahun
Rahang berbunyi ketika membuka mulut
selamat petang dr. saya nak tanya berkenaan dengan masalah rahang berbunyi. bila saya buka mulut untuk menyuap makanan atau mnguap atau buka mulut secara besar maka rahang saya akan berbunyi, tapi saya takda masalah sakit gigi. mohon pencerahan dari pihak para doktor.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang rahang berbunyi.
Untuk makluman anda, situasi ini adalah normal kerana apabila anda membuka mulut, tulang rahang anda akan bergesel dengan tulang yang lain pada tapaknya, oleh itu ia mengeluarkan bunyi. Sekiranya anda mengalami kesakitan dalam situasi ini, sila berjumpa dengan doktor di klnik untuk pemeriksaan lanjut.
Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di (DoctorOnCall) secara peribadi. Terima kasih.