
Sulit
4 tahun
Rahang nmpak bengkak sebelah kiri
Hello, nak tanya berkenaaan rahang kiri. Bila tidak buka mulut rahang kiri saya biasa tapi bila mulut buka besar, nmpak rahang kiri saya besar daripada rahang kanan. Apakah itu doktor. Tidak ada rasa sakit dan menelan makanan pun biasa sahaja macam selalu.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Sakit telinga hidung dan tekak memang mudah terjadi. Jangan biarkan ia mengganggu anda.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, bengkak pada rahang boleh disebabkan:
- Radang kalenjar parotid
- Mastoiditis - radang mastoid
- Radang sendi rahang - Temporo-Mandibular joint syndrome
- Abses gigi
- Bengkak kalenjar leher
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doktor anda ataupun klik pada link in (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.
Pakar sakit telinga, hidung dan mulut boleh membantu untuk mengenal pasti masalah anda.