
Sulit
3 tahun
Rahang rasa penat sampai ke telinga
Rahang rasa penat, lidah juga begitu, rahang rasa rapat bila tutup mulut

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Soalan anda adalah berkenaan dengan rahang dan lidah yang penat. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, rasa penat pada bahagian rahang dan lidah boleh berlaku akibat perlbagai perkara antaranya:
- Mengunyah benda yang keras atau liat
- Mengisar gigi ketika tidur
- Tabiat kerap mengetap gigi
- Menganga terlalu luas atau lama ketika menguap atau membuat rawatan gigi
Anda disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor bagi memberikan maklumat lengkap tentang masalah yang anda hadapi kerana masalah pada rahang juga boleh berlaku akibat tulang rahang yang tidak betul kedudukannya atau masalah otot dan sendi yang lain.
Bercakap dengan kami secara atas talian dengan klik link di bawah agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut.
Terima kasih.