
sitirohani1993
6 tahun
Rahang tak boleh bergerak diikuti Telinga kanan sakit bahagian dalam
Saya wanita 26 tahun dan mengalami masalah secara tiba-tiba ketika bangun subuh iaitu tidak dapat menutup mulut dengan rapat dan tidak boleh nganga besar (boleh masukkan satu sudu sahaja dalam mulut). Saya tidak dapat makan kerana tidak boleh kunyah. Ini kerana gigi saya tidak boleh rapat seperti biasa. Selepas beberapa jam, saya mengambil inisiatif iaitu suruh suami menampar muka saya berulang kali. Berkesan! Tapi bila mulut ditutup, tak dapat dibuka semula. Bila saya minta suami menampar lagi, ia boleh dibuka tapi tidak boleh ditutup. Ia sangat lawak tapi betul doctor! Then bila dah petang, saya paksa diri untuk kunyah gum, pastu dah okay semula (saya pasti bahawa saya tidak over menguap yang menyebabkan keadaan seperti ini). Keesokkan harinya iaitu hari ini 21/4, saya mengalami berdenyut2 di bahagian dalam telinga. Bila saya korek, takde nanah atau apa2. Bila tengok pakai torchlight pon xnmpk apa2 kecuali sedikit putih dihujung pangkal telinga(laluan yang suami suluh dan nampak sahaja). Jadi apa solution yang perlu saya buat? Saya xmampu nak pergi hospital atas kekangan sesuatu.

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Berkenaan dengan masalah yang anda hadapi, gejala yang anda nyatakan/keterangan yang anda berikan adalah kurang jelas. Terdapat beberapa soalan yang harus kami tanyakan bagi mendapatkan maklumat lanjut sebelum kesimpulan tentang masalah yang anda hadapi.
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada doktor kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami. Terima kasih
Sekiranya anda adalah ahli Peduli Sihat, konsulatasi anda dengan doktor kami serta ubat-ubatan anda adalah PERCUMA!