Sulit
3 tahun
Rahang ternganga.. Macam mana tu
Saya tengah kunyah tulang ayam, pastu bila time kunyah tu… Tiber2 rahang saya macam kalau nk bukak tu macam tersekat… Ternganga ah macam tu
. Tapi dahleh tutup… Apa tindakan saya untuk merawat kejadian ini jika berulang
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham situasi anda. Untuk makluman anda, berikut merupakan beberapa sebab yang boleh menerangkan mengapa anda mengalami masalah tersebut:
- Rahang terkehel (temporomandibular joint (TMJ) dislocation)
- Locking of TMJ meniscus
- TMJ dysfunction atau rahang yang tidak berfungsi
Namun begitu, ini hanyalah pandangan kami secara am mengapa anda mengalami masalah sedemikian. Jika perkara ini berulang, kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk siasatan dan pemeriksaan lanjut. Anda juga dinasihatkan untuk berhati-hati ketika mengunyah semasa sedang makan.
Jika anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami. Terima kasih.