Sulit

4 tahun

Rahim terasa cekang dan berdenyut

Saya wanita berumur 28 tahun dan telah berkahwin. Pada bulan ini bertarikh 4-7 /12 saya turun darah warnanya seperti merah terang tidak seperti warna darah haid. Adalah itu dinamakan spotting? Dan pada tarikh 15/12 sepatutnya saya datang bulan tetapi tidak ada tanda haid. Cuma saya merasakan rahim saya cekang dan berasa tidak selesa dan terdapat lendiran berwarna coklat setiap pagi utk beberapa hari. Dan apabila saya mengangkat barang berat saya merasakan sakit di bahagian rahim dan terasa cekang. Adakah ini normal?

Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.

Kami faham masalah yang anda sedang alami. Namun begitu, kami memerlukan penjelasan mengenai perkataan “cekang” yang digunakan oleh anda di dalam ruangan soalan.

Untuk pengetahuan anda, kitaran haid normal seorang wanita adalah di antara 21 ke 34 hari dan tempoh aliran darah haid adalah di antara 2 ke 7 hari. Sekiranya terdapat pendarahan di antara dua waktu haid, ianya dikenali sebagai spotting. Terdapat beberapa sebab mengapa seseorang itu boleh mendapat spotting, antaranya:

  • Kehamilan; pendarahan tersebut disebabkan oleh implantasi produk persenyawaan pada dinding rahim
  • Fibroid
  • Polip rahim
  • Ketidakseimbangan hormon
  • Penggunaan pil atau sebarang bentuk perancangan keluarga; perkara ini dapat mengubah kitaran haid seseorang
  • Masalah dengan sistem pembekuan darah

Tempuhi waktu datang bulan dengan selesa tanpa kebocoran.

Anda masih risau tentang haid tidak teratur? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!

Namun begitu, kami memerlukan lebih banyak maklumat mengenai gejala yang anda sedang hadapi. Anda perlu berjumpa dengan doktor untuk mengetahui punca sebenar dan supaya rawatan dapat diberikan.

Kami sarankan agar anda berjumpa dengan doktor kerana anda menyatakan rahim anda sakit dan ia mengganggu aktiviti harian anda.

Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih.

66-700x430

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Penuaan (16) Darah Tinggi (418) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2) Vaksin Denggi (52)