
Sulit
3 tahun
Rakan serumah positif covid
Saya menyewa sebuah bilik. Dalam rumah ni ada 5 buah bilik, dan setiap bilik ada seorang penyewa. Semalam, salah seorang daripada penyewa telah positif covid. Saya tidak pernah bersembang secara bersemuka dengan beliau, tapi semua ahli dalam rumah ini berkongsi peti ais/mesin basuh/laluan masuk keluar rumah yang sama. Adakah saya dikira sebagai kontak rapat? Dan sekiranya ya, bolehkah saya buat swab test di premis kerajaan?

3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih kerana mengajukan soalan anda.
Untuk makluman anda, kontak rapat ialah individu yang mempunyai kontak bersama pesakit Covid-19 secara langsung untuk lebih daripada 15 minit tanpa memakai pelitup muka dan jarak kurang daripada 1 meter. Oleh itu, anda ialah kontak kasual pesakit Covid-19 tersebut. Pada waktu ini, kontak kasual tidak perlu mengambil ujian Covid-19 dan kuarantin kerana risiko untuk mereka dijangkiti virus ini adalah rendah. Namun, sekiranya anda risau mengenai status anda, anda boleh mendapatkan ujian Covid-19 di klinik swasta.
Anda boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai perkara ini dengan menghubungi CAC berdekatan dengan anda ataupun bersama doktor kami secara atas talian.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini