
Sulit
4 tahun
Rambut anak berumur 1 tahun 4 bulan gugur
hello doktor,
anak saya berumur 1tahun 4bulan, dia mengalami keguguran rambut setiap hari . adakah normal?
biasanya selepas mandi bila lap rambut akn gugur dalam 2 -3 helai
kalau sikat rambut juga ada kuantiti yg sama
terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini(DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, maklumat yang diberikan tidak mencukupi bagi memberikan jawapan yang dikehendaki. Terdapat pelbagai soalan mengenai sejarah kesihatan anak anda yang perlu ditanyakan. Secara umum, rambut gugur pada anak kecil boleh disebabkan oleh:
- Alopecia areata biasanya terkait dengan masalah kulit seperti dermatitis
- Tinea capitis iaitu akibat jangkitan kulat
- Traction alopecia akibat tarikan kuat atau ikatan
- Trichotillomania iaitu sejenis kebiasaan menarik rambut terutama apabila gelisah
- Telogen effluvium akibat ubat atau penyakit kronik
Memandangkan rambut gugur boleh disebabkan oleh pelbagai hal, adalah dikhuatiri sekiranya dibiarkan nanti rambut anak anda akan terus gugur sehingga ke tahap tidak boleh tumbuh lagi.
Tingkatkan imuniti si manja anda dan biarkan dia mengembara.
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Silakan klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link(DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.