
mubaza118
4 tahun
Rambut beruban putih
Saya lelaki baru 20 tahun. Rambut sy dah beruban putih banyak. Dalam 20 helai. Jadi mak saya suruh tanya doktor adakah ia tanda awal apa kanser.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Untuk pengetahuan anda, rambut beruban terjadi apabila sel pigmen pada folikel rambut mulai berkurangan dan hilang. Akibatnya, helaian rambut tidak akan mendapat melanin yang mencukupi seterusnya akan kelihatan berwarna cerah seperti warna kelabu atau putih. Dan bagi soalan anda, ia bukan tanda tanda kanser.
Untuk mengetahui punca sebenar masalah yang anak anda hadapi, maklumat lanjut tentang latar belakang kesihatan anda, pemeriksaan dan ujian mungkin perlu dijalankan. Anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan kami secara atas talian. Terima kasih.