
Sulit
4 tahun
Rambut gatal keriting
Hi wanita berumur 23 tahun dan mendapati rambut saya ada rambut kerinting padahal rambut sebenar saya lurus. Ada yang mengatakan rambut itu dipanggil rambut gatal boleh saya tau apa punca dan cara menyelesaikan masalah rambut tersebut?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, kami kurang pasti berkenaan rambut gatal yang dimaksudkan oleh anda. Anda boleh melakukan beberapa perkara di bawah untuk menjaga kesihatan kulit kepala dan rambut anda:
- Menggunakan syampu yang sesuai dengan rambut dan kulit kepala anda
- Merawat rambut secara berkala
Berikut merupakan beberapa sebab mengapa seseorang mengalami masalah kepala gatal:
- Kutu
- Psoriasis
- Jangkitan kulat pada kulit kepala
- Penjagaan kulit kepala dan rambut yang kurang bersih
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.