Sulit
5 tahun
Rambut gugur dan botak
saya berumur 30 tahun dan sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak lelaki…kalau rambut gugur dan botak macam buah bambangan sudah saya tengok…tapi ada tumbuh anak rambut sikit2…kenapa kah tu…
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala rambut gugur yang anda alami boleh disebabkan:
- Tekanan fizikal/emosi
- Lebih vitamin A dalam diet atau suplemen
- Kurang zat besi
- Masalah hormon seperti kurang testosteron (bagi lelaki) atau kurang estrogen (bagi wanita)
- Kehamilan
- Alahan produk rambut
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.






















