
Anonymous
4 tahun
Rambut Gugur ketika mandi
Saya berumur 17 (lelaki) rambut sya sering gugur time mandi …sikat dan saya ade menggunakan pewarna rambut d herbs …sbb rambut sya gugur adalah disebabkan hormon atau dye? Bole bgi tips untuk mencegah x?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala rambut gugur boleh disebabkan beberapa faktor seperti:
- Kesan penggunaan produk rambut - rambut anda mungkin sensitif dengan bahan produk tersebut
- Kekurangan zat besi dalam badan
- Terlebih hormon testosteron
Bagi mengatasi masalah ini, anda boleh berhenti menggunakan produk yang anda gunakan sekarang dan lihat hasilnya kemudian. Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doktor anda ataupun klik pada link (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.