
Sulit
4 tahun
Rambut gugur pada usia 20 tahun
Sy remaja 20 tahun yg mrngalami rambut gugur yang sangat teruk. Dalam 2 tahun ini rambut sy gugur dengan mendadak. Apa perlu sy lakukan dan apa puncanya.

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, rambut gugur dan menipis boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Kelemumur
- Tinea capitis; sejenis jangkitan kulat
- Unbalanced diet akibat kekurangan iron ataupun vitamin
- Anrogenic alopecia akibat ketidakseimbangan hormon
- Penyakit autoimun
Sebetulnya, oleh kerana terdapat banyak sumber sehingga menyebabkan rambut gugur dan menipis, sebaiknya tuan mendapatkan konsultasi doktor terlebih dahulu supaya dapat dilakukan pemeriksaan yang bersesuaian dan agar dapat dilakukan perawatan yang tepat sebelum anda mulai mengambil sebarang ubatan.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.