
Sulit
4 tahun
Rambut nipis hingga nampak kulit kepala
Hai doktor. Saya nak tanya tentang punca rambut nipis. Start dari saya bujang hingga dah berkahwin rambut saya nipis hingga menampakkan kulit kepala. Utk pengetahuan, saya seorang perempuan. Boleh doktor berikan punca adakah sebab masalah hormon atau sebaliknya. Jika ada ubat yang bole membantu dalam melebatkan rambut boleh cadangkan utk saya. Terima kasih doktor.

5 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Kami faham kebimbangan anda terhadap masalah yang anda hadapi. Untuk maklumat anda, masalah rambut nipis boleh disebabkan oleh:
- Faktor genetik (sesetengah pesakit mewarisi masalah ini daripada keluarganya)
- Perubahan hormon
- Kesan ubatan dan suplemen
- Kesan radiasi pada kepala
- Stress
- Kesan sampingan penggayaan dan rawatan rambut
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dan rawatan yang paling tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan fizikal adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.