
Sulit
4 tahun
Rasa ada benda sangkut di tekak
Assalammualaikum, saya ada rasa benda sangkut kat bawah tekak , saya ada buat research dia macam throat tension tapi tak berapa sure. Boleh saya tahu apa masalah dia ye . Dah beberapa hari macam ni . Dah check di klinik tapi dia kata ada infections . Saya tak rasa macam infection

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai dan selamat petang. Terima kasih kerana mengajukan soalan anda kepada kami.
Daripada deskripsi anda, anda berkemungkinan menghidapi keadaan yang dinamakan tonsillitis. Tonsil adalah tisu adenoid yang mengandungi 2 bahagian pada bahagian belakang leher anda. Tonsilitis yang disebabkan oleh jangkitan bakteria strep dirawat dengan antibiotik kebiasaannya dapat menyembuhkan jangkitan dalam masa yang singkat. Tetapi tonsillitis juga boleh disebabkan jangkitan virus yang menyebabkan jangkitan tersebut lebih sukar untuk dirawat. Kebiasaannya jangkitan virus yang menyebabkan tonsilitis akan mengambil masa yang agak lama untuk dirawat dan pulih.
Antibiotik tidak dapat membantu dalam jangkitan virus. Jangkitan virus tonsil oleh itu dirawat hanya dengan menggunakan rawatan yang konservatif iaitu dengan memastikan pesakit mendapat rehat yang mencukupi, minum air dengan banyak dan mengawal suhu badan jika demam. Jika anda sudah dirawat dengan ubat antibiotik, anda perlu menghabiskan ubat tersebut mengikut arahan doktor. Jangkitan bakteria tonsil boleh dirawat secara berkesan dengan antibiotik. Seorang doktor akan menetapkan ubat yang sesuai.
Ubat tahan sakit yang ringan seperti paracetamol mungkin berguna untuk meringankan kesakitan tonsilitis. Seperti mana-mana antibiotik, apabila rawatan bermula, adalah penting untuk mengambil ubat yang ditetapkan sepenuhnya. Menghentikan antibiotik sebelum waktu yang sepatutnya walaupun pesakit merasa lebih baik, dapat menyebabkan pertumbuhan bakteria secara kekal.
Namun, tekak tidak selesa boleh disebabkan oleh perkara-perkara lain seperti:
- Alahan
- Tekak luka akibat batuk
- Tekak tercedera akibat makanan keras atau tajam
- Terlalu banyak menjerit atau bercakap
- Kurang minum air
- Ketumbuhan dalam tekak (polip)
Memandangkan gejala anda tidak serius, buat masa sekarang, saya sarankan anda melegakan rasa tidak selesa ini dengan cara:
- Gargle dengan air garam suam
- Minum air suam
- Minum air lemon dan madu
- Menghisap lozenges
Sakit tekak memang mudah terjadi. Jangan biarkan ia mengganggu anda.
Dapatkan penerangan lebih lanjut dan nasihat atau rawatan yang diperlukan di sini. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.
Pakar sakit telinga, hidung dan mulut boleh membantu untuk mengenal pasti masalah anda.