Sulit
6 tahun
Rasa cocok bahagian perut
saya kerap kencing n sakit bahagian perot sebelah kiri mencok nyocok… mcm tarik2 pon ada
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala sakit perut yang anda alami boleh disebabkan:
- Jangkitan salur kencing
- Keracunan makanan
- Sembelit
- Jangkitan dalam usus seperti oleh bakteria salmonella, demam kepialu
- Radang apendiks
- Kehamilan luar rahim
- Endometriosis - apabila sel lapisan lrahim tumbuh di tempat lain
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.






























