
Sulit
5 tahun
Rasa demam berpanjangan
saya berumur 56 tahun, saya mengalami masalah rasa nak demam pada setiap malam sehingga tidak selesa untuk tidur. Gejala ini kerap sudah berlanjutan sebulan lebih dan berlaku pada waktu malam sahaja. Saya sudah pergi ke KK dan Dr disitu menggatakan ianya masalah gastrik dan ujian darah saya adalah baik.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, konsultasi di platform ini adalah terhad berbanding dengan doktor di klinik. Hanya dengan penerangan anda di atas adalah tidak cukup untuk kami membuat kesimpulan.
Selain itu, masalah demam ini adalah sangat subjektif. Bagi membuat diagnosis, kami memerlukan penilaian yang lebih objektif seperti meyukat suhu badan dengan thermometer. Hal ini kerana ia berkemungkinan disebabkan cuaca di sekeliling, makanan, atau aktiviti yang membuatkan anda merasa panas.
Memandangkan anda telah berjumpa dengan doktor dan mendapat tahu anda mengalami masalah gastritis, anda disaranakan untuk makan mengikut jadual dalam kuantiti yang tidak belebihan. Elakkan makanan yang pedas atau makanan yang boleh mencetus rasa sakit perut gastritis. Sekiranya anda merokok, cuba untuk berhenti merokok.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor lagi.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Terima kasih.