
surayabintisuran
5 tahun
Rasa demam tapi suhu normal
Saya betul-betul rasa macam demam, tak larat. Berdiri pun dah tak larat tapi suhu badan normal. Ada batuk yang agak teruk dan selsema. Saya ada alergy rhinitis

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala demam yang anda alami boleh disebabkan:
- Jangkitan kuman seperti bakteria atau virus pada saluran pernafasan
- Penyakit keradangan seperti keradangan saluran pernafasan
- Resdung - “allergy rhinitis”
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doktor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.