
zarul_afifi
5 tahun
Rasa gatal pada saluran kencing
sy seorang lelaki dan terkena jankitan kelamin dan telah mndapatkan rawatan .sy juga telah mnghabiskan antibiotic yg telah diberikan tetapi zakar saya terasa sedikit gatal pada saluran kencing pada waktu pagi dan keluar sedikit cecair putih seperti susu(kurang dari setitik dan cair)untuk pengetahuan doktor cecair itu hnya terdapat pada wktu pagi setelah mmbuat pmeriksaan .perlukan sy mendapatkan antibiotik tmbahan ?atau mingkin sy tersilap mndapatkan rawatan ?boleh doktor jelaskan ?

5 tahun
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Terdapat beberapa punca yang boleh berkemungkinan menyebabkan berlakunya pengeluaran cecair akibat penyakit kelamin,antaranya ialah:
- Dos antibiotik yang tidak mencukupi untuk melawan bakteria
- Anda mungkin perlu mengambil antibiotik untuk tempoh masa yang panjang.
- Kemungkinan mengalami ‘antibiotic resistance’ dan memerlukan ubat yang lain untuk mengantikanya.
Walaubagaimanapun , anda amat disarankan untuk merujuk balik hal ini dengan doktor yang merawat anda sebelum ini supaya rawatan yang tepat dapat diberikan oleh kerana beliau lebih arif akan masalah dan sejarah kesihatan anda.
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk kepada kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih.