
Sulit
4 tahun
Rasa ingin mencedarakan diri
saya wanita yang berusia 21 tahun saya sering berasa gementar dan badan terasa sejuk sejak di bangku sekolah lagi… walaupun saya bersikap tenang tapi tangan saya ni sering gementar…tambahan lagi bila berasa takut.saya sering berasa gementar bila berjumpe dan bercakap dengan orang.hal ini menyukar kan kehidupan saya.saya juga sering gementar juga gementar tanpa sebab dan kaki saya sangat sejuk dan perut saya terasa mencucuk…selain itu …sya sering berasa sakit di dada belah kiri apabila terlalu menangis dan ketawa…sya juga sering berasa sakit di kepala sehingga ingin menghantuk kepala ke dinding.dan juga banyak kali berfikir ingin membunuh diri…kadang rasa ingin membunuh orang…adakah saya patut berjumpa dengan doctor?.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi. Untuk makluman anda, masalah yang anda alami ini boleh disebabkan oleh:
- Tekanan (depressi)
- Keresahan (anxiety)
- Masalah personaliti
- kurang rehat/tidur
Bagi mengurangkan masalah ini dan tidak membiarkan ianya berlarutan, saya mengesyorkan anda untuk mengambil langkah langkah berikut:
- Luangkan masa dengan keluarga dan rakan-rakan
- Luahkan masalah dengan orang yang tersayang
- Amalkan gaya hidup yang sihat dan pemakanan yang seimbang
- Pastikan mendapat pekerjaan yang kurang tekanan emosi dan masa
- Dapatkan sokongan dan nasihat daripada pakar kounseling
- Cukupkan rehat dan waktu tidur
Dapatkan rehat yang anda perlukan dengan tidur yang berkualiti.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dan rawatan yang paling tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan fizikal adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor pakar dimana penerangan lanjut, diagnosis serta rawatan boleh diberikan.
Alternatif lain adalah anda boleh menghubungi organisasi Befrienders atau menghubungi talian bantuan 24 jam Suicide helpline 0379568145 untuk meluahkan masalah anda secara peribadi dan mereka boleh bantu anda. Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.