
Sulit
4 tahun
Rasa kebas and berdenyut2 kat dahi
Haii … Saya wanita awal 20-an, sebelum tu saya nak bgtau saya ada gastrik yg agak teruk sbb kdg2 rasa sesak nafas and rasa sesak kat dada.
Soalan saya, kenapa dahi rasa berdenyut2 and kdg2 rasa kebas? Adakan sebab gastrik atau angin dalam badan?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Maklumat yang anda berikan terlalu ringkas dan menyukarkan kami untuk membuat sebarang kesimpulan. Pemeriksaan fizikal dan prosedur lain perlu dilaksanakan keatas anda bagi mengenal pasti punca masalah yang berlaku.
Rasa kebas ataupun berdenyut-denyut pada bahagian dahi mungkin terjadi disebabkan oleh sakit kepala yang dialami oleh anda disebabkan tekanan ataupun stres, kepenatan, kurang berehat dan sebagainya. Namun begitu, masalah kepala ataupun dahi berdenyut secara umumnya boleh berlaku disebabkan oleh :
- Migrain
- Masalah tiroid
- Masalah jantung
- Ketumbuhan
Anda tiada masa untuk sakit kepala? Dapatkan kelegaan segera.
Untuk mengetahui punca sebenar masalah sakit kepala anda, maklumat lanjut dan pemeriksaan susulan adalah diperlukan sebelum sebarang kesimpulan boleh dibuat. Terdapat pelbagai soalan mengenai sejarah kesihatan anda yang perlu ditanyakan.
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih
Pakar neurologi boleh membantu anda untuk melegakan masalah sakit kepala .