
Sulit
5 tahun
Rasa kebas tangan Dan sebahagian kepala
Suami saya berumur 35thn.Dlm 3 hari ini dia sering mengalami sakit kepala bahagian kiri rasa tarik several kiri muka tangan rasa lemah rasa urat kepala tarik

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala sakit kepala yang anda alami boleh disebabkan:
- Migrain - faktor pencetus seperti coklat, keju, kafein, stres
- Sakit kepala tegang - akibat sakit mata, stres
- Dehidrasi - kurang minum air
- Anemia (Kurang sel darah merah)
- Masalah mata - seperti rabun/astigmatism, glaukoma
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.