Sulit
6 tahun
Rasa ketat di dada ketika bernafas (waktu mlm saya)
Saya wanita berusia 36 tahun. Sejak 3 mlm lps, bermula 25/3 di waktu mlm saya merasakn Pernafasan saya tidak lancar, terasa ketat di dada sehingga terpasa menyapu vicks utk tdor…
Tetapi saya tiada sintom lain sepwrti dam dan batuk.kering.
Adakah saya perlu ke klinik untuk jalangi saringan covid 19?
Maklumat tmbahan, pada 14-17 mac, say bercuti ke pulau tioman dan saya menggunakan bas utk bergerak dr kl ke mersing dan pulang semula ke kl juga menaikbas.kls
6 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Untuk maklumat anda, masalah rasa ketat di dada ketika bernafas boleh disebabkan oleh beberapa masalah seperti:
- Anemia - kurang darah merah
- Penyakit Asma
- COPD: Masalah paru-paru sempit
- Penyakit TB
- Alahan
- Penyakit jantung koronari
Anda perlu khuatir jika anda baru pulang dari negara yang terjejas teruk dengan wabak COVID-19 atau anda mempunyai kontak rapat dengan mereka yang sah dijangkiti COVID-19. Oleh itu, anda digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya.
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini

































