
ardinet
5 tahun
Rasa ketat kat dada bahagian tengah dada dan atas sikit
Saya lelaki umur 43thn, tinggi 170cm dan berat 85kg.
Saya mengalami penyakit yg lama saya deritai. Kadang2 ia sembuh dan kemudian dtg balik dgn simptom berikut.
Rasa kembung perut, perut jadi buncit, pening2, dan rasa nafas pendek. Memang menganggu aktiviti seharian sampai dibuang kerja. Lama2 dia hilang sendiri.
Kali datang lagi dgn angin yg sangat teruk sampai saya asyik sendawa berkali-kali, pening2, malah rasa nafas pendek terasa teruk sampai saya jadi panik. Malah ia disusuli dgn rasa penat yang amat teruk. Kali ini dia rasa mcm sakit dan lenguh otot, bila saya berjalan urat2 saya di kaki berbunyi. Bahagian tgh dada bawah sikit tengkuk saya rasa mcm senak terutama bila saya bangun dari kerusi tidur.
Bila saya tidur kadang kala, rasa berbunyi dlm perut walaupun baru lepas makan, lepas ni udara panas naik sampai ke kerongkong. Kemudian rasa semput dan nafas pendek. Rasa nak mati.
Tolong saya. Klinik dah check jantung saya, dia kata normal. Dan hanya bagi ubat gavisscon sahaja.
Tilot

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, konsultasi di platform ini adalah sangat terhad berbanding berjumpa dengan doktor. Maka tidak banyak yang dapat kami bantu. Maklumat yang diberikan tidak mencukupi untuk kami membuat kesimpulan.
Berdasarkan ubat yang diberikan oleh doktor, anda berkemungkinan menghadapi masalah GERD atau gastritis. Masalah ini boleh menyebabkan sakit kepala serta sesak nafas. Oleh itu, saya sarankan anda makan mengikut masa yang tepat serta elakkan makanan yang pedas atau apa-apa jenis makanan yang didapati menyebabkan sakit. Selain itu, makan dalam kuantiti yang sedikit tetapi kerap. Tinggikan sedikit kepala semasa tidur. Ambil gaviscon sekiranya anda mengalami sakit perut. Ia mungkin mengambil sedikit masa sebelum ianya berkesan.
Sekiranya masalah anda masih berlarutan, saya sarankan untuk anda berjumpa lagi dengan doktor dan memaklumkan kepada mereka bahawa ubat yang diberikan tidak berkesan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat serta rawatang yang sesuai, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami… Terima kasih.