
Sulit
4 tahun
Rasa kurang seLesa pada bahagian bawah kanan perut
saya seorg LeLaki berusia 31… disember Lepas sy dimasukkan ke ward atas reason gastrik n kencing pedih… Lpas 2 maLam berada d wad, kencing pedih saya beransur hiLang, tetapi gastrik sy masi ada Lagi… dan saya berasa kurang seLesa pada bahagian kanan bawah perut saya, rasa kurang seLesa tapi tidak berasa sakit apabiLa ditekan… dan ianya kadang2 ada kadang2 hiLang, terutama bila saya bersenam… seteLah bertanya beberapa pendapat, mereka cakap ianya ‘angin’… dLam waktu terdekat ni, sy ada mengambiL air rebusab haLia tapi seperti tiada perubahan… doktor ada penjeLasan yang Lebih Lanjut tak???

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera dan selamat tengahari, terima kasih kerana menghubungi kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi iaitu sakit ataupun kurang selesa pada bahagian bawah kanan perut. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara.
Secara umumnya, sakit yang berpindah atau hilang timbul di bahagian abdomen mahupun sekitar pelvis kanan boleh disebabkan oleh pelbagai jenis gangguan seperti:
- appendiks
- irritable bowel syndrome
- inflammatory bowel disease
- gejala batu karang
- gangguan otot
- dan lain-lain
Namun ia juga boleh disebabkan oleh:
- pengambilan ubat-ubatan yang tidak terkawal
- efek sampingan dari ubat
- stress otot yang berlebihan
Maka, tanpa pemeriksaan yang lebih khusus, kita tidak boleh menjamin punca sebenar sakit yang anda alami. Walaubagaimanapun untuk menghilangkan keluhan buat sementara waktu, anda dinasihatkan untuk:
- berehat apabila selesai beberapa tugas
- memastikan pakaian tidak terlalu ketat
- memastikan tubuh sentiasa terhidrat (baca: stay hydrated)
- amalkan pemakanan sihat (untuk jangka panjang)
- dan merujuk ke doktor secepatnya
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang kondisi kesihatan anda, atau agar rawatan yang lebih tepat boleh di laksanakan, pemeriksaan yang lebih terperinci perlu dilakukan terlebih dahulu. Oleh yang demikian kami menasihatkan agar anda mendapat rawatan secara langsung di klinik ataupun hospital yang terdekat. Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.
Inginkan penjelasan lebih lanjut daripada pakar? Gastroenterologist kami sedia membantu