Sulit
3 tahun
Rasa kuranh selesa di tangan kiri dan dada
Saya bujang ,umur 20 tahun . Saye sejak dua menjak ni tangan kiri saya kadang-kadang kebas dan rasa kurang selesa ,dada saya juga rasa tidak selesa, saya dah buat pemeriksaan di hospital ECG dan cek darah tetapi doktor beritahu normal apabila saya balik rumah keesokan harinya gejala yang saya sebutkan tadi muncul balik.apakah saya perlu lakukan dan sakit apa yang saya sedang hadapi
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- pedih ulu hati
- Gastritis
- Masalah salur darah (Aortic dissection/ subclavian artery dissection)Penyakit keresahan (Anxiety disorder)
- Masalah salur darah jantung
Anda boleh melakukan pemeriksaan kesihatan yang lebih lanjut untuk mengenal pasti punca masalah anda.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.