
Sulit
4 tahun
Rasa Lemah dan Jiwa Kosong
hi doc. saya umur 18, perempuan. sejak kebelakangan ni, saya kerap menggigil dengan teruk. sehingga saya hilang keyakinan dengan diri sendiri. dulu saya pun pernah menghadapi masalah ni dan ia mula masa saya umur 16 tahun. mula mula gigil tu pada tangan je. namun makin lama ke kaki, dan akhirnya seluruh anggota badan. saya rendah diri. ketika di khalayak, saya rasa semua orang sedang pandang dan judge saya. kalau dulu saya suka bersosial sekarang saya lebih suka menyendiri. saya tak suka tempat yang ramai orang. saya jadi paranoid. dah beberapa hari saya tak boleh tidur sebab saya terlampau overthinking. saya banyak fikir sampai tidur pun dah terabai. saya kerap flinch. walaupun orang letak kunci atas meja, saya akan terkejut sampai bahu terhenjut henjut. jantung saya berdebar sepanjang masa. saya pernah trauma tentang kisah keluarga dan sekarang saya masih menghadapinya. doc, apakah yang patut saya lakukan? adakah perkara ini normal? saya telahpun menempah sesi temujanji di klinik kerajaan berkenaan masalah ini. namun semakin dekat tarikh temujanji saya makin berdebar dan saya takut mulut tak terbuka bila doktor di sana bertanya apa sakit saya. adakah apa yang saya alami sekarang ini patut saya abaikan sahaja atau bagaimana doktor? bantulah saya.

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami turut bersimpati dan mengambil serius dengan keadaan yang dialami oleh pihak cik. Namun jangan khuatir kerana anda tidak bersendirian dalam hal ini. Untuk makluman anda. gejala berasa lemah, menggigil, dan hilang keyakinan diri merupakan salah satu dari gejala psikologi dan gangguan pada kesihatan mental yang sangat memerlukan bantuan dari ahli keluarga dan tenaga pakar (perubatan).
Anda memerlukan bantuan mengenai masalah peribadi? Doktor pakar psikiatri kami sedia membantu.
Namun perlu difahamkan ia juga boleh dikaitkan dengan kondisi seperti:
- tanda-tanda awal kemurungan, tekanan atau depresi
- gangguan cemas menyeluruh (baca: generalized anxiety disorder)
- gangguan tekanan selepas trauma (baca: post traumatic stress disorder)
- gangguan penyesuaian diri terhadap situasi atau keadaan yang baru
- gangguan fobia atau paranoia
- dll.
Buat masa ini, anda haruslah berbincang dengan ahli keluarga atau kawan terdekat sebagai sokongan emosi. Anda juga boleh berhubung dengan organisasi kesihatan psikologi untuk menjalankan kaunseling jika tidak boleh melawat klinik psikiatri buat masa ini. Kami nasihatkan anda untuk tidak berasa rendah diri dan pendam perasaan runsing anda kerana ia hanya akan menambahterukkan lagi keadaan anda.
Untuk sementara waktu, kami nasihatkan anda untuk:
- cerita keadaan sebenar dengan ahli keluarga yang tercinta atau kawan rapat
- jauhi dari faktor yang memicu stres / tekanan / kesedihan
- jauhi aktiviti yang boleh memudharatkan kesihatan & keselamatan diri
- mencari hobi yang baru atau mengikuti kelas/kelab membina jati diri
- mendapat rehat / tidur yang secukupnya
- percepatkan langkah untuk mendapat bantuan khusus dari tenaga kesihatan
Dapatkan rehat yang anda perlukan dengan tidur yang berkualiti.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan secara percuma. Terima kasih.