Anonymous
3 tahun
Rasa letih selepas ambik iron
Ibu saya umur dalam 60 an, saya nak tanya apa kesan lepas ambil zat besi yang di beri oleh pihak hospital? Zat besi tuh dalam bentuk cecair .
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Zat besi diberikan bagi mereka yang mengalami masalah kurang darah atau ‘anaemia’. Mereka yang menghadapi masalah ini pastinya berasa letih. Ubat tersebut diberikan adalah bagi menangani masalah tersebut termasuk gejala keletihan.
Antara kesan sampingan ubat tersebut adalah:
- Loya
- Sembelit
- Cirit-birit
- Muntah
- Najis bewarna gelap
- Gatal-gatal
Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.
























