nagesrao91
6 tahun
Rasa macam pedih dekat tempat air kencing keluar
Saya lelaki 28 tahun saya rasa macam pedih pada tempat air kencing keluar…saya belum kahwin…semasa saya kencing saya tak rasa pedih…tetapi saya rasa macam pedih…sekejap sekejap setiap hari…
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Terdapat pelbagai punca masalah ketika kencing. Simptom kerap kencing dan sakit selalunya boleh disebabkan oleh jangkitan pada saluran kencing, pundi kecing atau buah pinggang atau jangkitan penyakit kelamin.
Bagi sesetengah pesakit, kemalangan, kecederaan, postur yang tidak betul serta kerap mengangkat barang berat boleh menyebabkan masalah kepada pundi dan saluran kencing.
Tanpa maklumat lebih lanjut serta pemeriksaan lengkap, adalah sukar untuk membuat kesimpulan mengenai masalah yang anda hidapi. Oleh itu anda disarankan untuk merujuk kepada doktor bagi menyelesaikan masalah ini. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.

































