
nrhdyhrosli0606
5 tahun
Rasa melayang dan tidak stabil
Saya berumur 19 tahun , dulu sye peenah masuk hospital kerana rasa tidak sihat dan rasa hendak pitam , badan saya rasa melayang , hampir seminggu saya x mampu nak bangun dan berdiri dengan betul , saya pergi hosital lepas seminggu , doktor cek tekanan darah , cek jantung , cek dalam telinga , cek air kencing , cek darah , tpi semua nya okey , doktor kata x dpt tau pumca sakit saya ni sebab apa , doktor masukkan air 1 botol , balik umah pun still x boleh bangun 3 hari .
Lepas 3 hari baru sye macam stabil dan boleh bangun , tapi sejak lepas kejadian tu , sye masih dpt simtom" melayang dan tidak setabil , hampir setiap bulan , dan setiap bulan kadang rasa melayang tu hampir 5 hari tpi x seteruk yg masa saya masuk hospital tu . Saya tak datang bulan pun melayang , kadang masa datang bulan un melayang , kenapa ye doktor.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, pusing melayang boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Benign Paroxysmal Positional Vertigo (BPPV)
- Vertigo
- Meniere’s disease
- Acoustic neuroma
- Akibat trauma leher atau kepala
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.